Wednesday, 20 April 2011

KONFERENS BELIA SABAH UNTUK YESUS 2011

PENGENALAN

Adventist-laymen’s Services and Industries (ASI), Sabah Chapter akan menganjurkan Konferens Belia Sabah Untuk Kristus (SYC) yang julung kali diadakan. SYC ini adalah berasaskan  model Generation of Youth for Christ (GYC) di USA. Kejayaan mereka dalam tempoh 9 tahun yang lepas sangat baik sehingga para belia khususnya telah dirangsang untuk menjadi penginjil dan ramai yang telah  membuat keputusan untuk melayani Tuhan dalam pelbagai cara. GYC yang serupa, dinamakan AYC di Australia,  Semananjug Malaysia dan PYC di Filipina telah memberikan kesan yang besar kepada para belia. Kita berharap  agar konferens ini dapat  membangkitkan minat para belia supaya membuat komitmen melayani di kawasan di manapun mereka berada atau bertugas. Pelayanan mereka melalui lawatan luar dan rumah ke  rumah yang akan dikuatkan lagi oleh para penceramah yang hebat serta memberi inspirasi, akan berterusan dan konsisten atas  sokongan dan bantuan  para anggota gereja dan pelayanan-pelayanan setempat. 

VISI

Menyediakan sekumpulan belia, setia dalam segala aspek kehidupan, termasuklah kerelaan  menginjil,  untuk menyebarkan perkhabaran unik Gereja Seveth-day Advenist  di Sabah dan ke seluruh dunia dalam generasi ini.

MISI

Wujud untuk menggerakkan belia di Sabah untuk misi; memperlengkapi dan memberi inspirasi kepada mereka untuk menjadi duta-duta Kristian di manapun mereka bekerja dan belajar dengan menyediakan latihan Alkitab, mewujudkan peluang-peluang rangkaian bagi belia Adventist dan pelayanan berorientasikan belia serta mendorong  mereka untuk mengambil bahagian dalam kepemimpinan dalam Gereja Seventh-day Adventist dengan menggunakan pengalaman dan talenta mereka dalam merancang dan melaksanakan konferens tahunan dan aktiviti yang lain.

OBJEKTIF

1.   Menyediakan latihan Alkitab dalam bentuk bengkel, pelajaran Alkitab dan mesej yang memberi  inspirasi;
2.   Memupuk dan menggalakkan persekutuan Kristian dalam kalangan belia yang mempunyai status, sosio-ekonomi, pencapaian pendidikan, berbagai lokasi dan latar belakang serta suku kaum yang berlainan;
3.   Mewujudkan peluang kepada belia Adventist dan Pelayanan-Pelayanan berorientasikan belia untuk membentukkan jaringan;

TEMA              :           “INILAH  MASANYA UNTUK MEMILIH”
TARIKH                        :           1 – 5 JUN 2011
TARIKH TUTUP           :           23 Mei 2011
TEMPAT                      :           PALACE HOTEL, KARAMUNSING, KOTA KINABALU

YURAN                        :           Pelajar  termasuk  mahasiswi dan mahasiswa yang belum
mempunyai pekerjaan tetap              -               RM250.00 (Quad Sharing room)
Belia Dewasa  Bekerja                         -               RM300.00 (Quad sharing room)
Dewasa                                                  -               RM300.00 (Quad Sharing room)
Twin-sharing                                         -               RM380.00

NOTA:    Yuran termasuk penginapan, makan, pendaftaran, bahan2  konferens  dan  T-shirt.

PROFAIL  PENCERAMAH

 EMANUEL BAEK
Beliau adalah penyampai seminar “Amazing Facts”. Pengalaman beliau yang lama dalam pendidikan serta minatnya yang mendalam terhadap Alkitab telah mewujudkan pengalaman seminar yang unik dan penyampaiannya yang luar biasa membuat anda untuk mempelajari lebih banyak lagi. Beliau telah menjelajah di lebih dari 25 buah negara merentasi lima benua, mengkhotbahkan injil Yesus kepada ribuan orang, menolong mereka memperoleh pengharapan yang lebih dalam terhadap Alkitab, terutamanya dalam nubuatan.

TAJ  PACLEB
Beliau dilahirkan dan dibesarkan di kepulauan Hawaii, USA yang indah. Membesar tanpa latar belakang Kristian, kehidupan Taj tidak mempunyai tujuan dan arah. Semasa di sekolah menengah nama panggilan Taj ialah “Koronik” yang merujuk kepada kesukaannya terhadap candu dan berparti. Tetapi ketika berumur 16 tahun, dia telah dijemput menghadiri seminar nubuatan di mana firman Tuhan telah dapat menembusi fikirannya yang kabur. Melalui pertemuan-pertemuan itu, beliau melihat bahawa apa yang ditawarkan oleh Yesus jauh lebih memberikan kepuasan, berbanding apa yang ditawarkan oleh dunia yang hanya keseronokan sia-sia sahaja. Melalui satu doa, Tuhan telah sepenuhnyamembebaskan beliau   daripada cara hidup yang merugikan dan memberikannya satu rangsangan yang tidak dapat diberikan oleh mana-mana pihak atau sumber iaitu  MENGETAHUI  YESUS dan MEMPERKENALKAN  DIA KEPADA ORANG LAIN.

MARTIN KIM
Martin Kim bekerja  sebagai Pengarah Komunikasi untuk “ADVENTIST SOUTHEAST ASIA PROJECT”,  suatu pelayanan yang membawa injil kepada masyarakat yang kurang berkemampuan di Thailand, Cambodia, Laos, Myanmar dan Vietnam. Beliau akan mengongsikan betapa Yesus mahu mengubah anda, dan bagaimana kuasa  doa anda akan dapat mengubah dunia dan mencapai perkara-perkara  yang luar biasa. Moto pelayanan dan kehidupan beliau dapat disimpulkan dengan petikan berikut: “Apabila manusia bekerja, manusia bekerja. Tetapi manusia berdoa, TUHAN BEKERJA

No comments:

Post a Comment